Selasa, 10 Februari 2015

Blouse Batwing

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, rezeki jua akhirnya. Sebenarnya saya sudah lama berkenan fesyen "batwing" ini. Tetapi seperti biasa, masih tidak tahu cara membuat pola "batwing" ini. Orang lain kongsikan gambaran pun masih tidak dapat faham. Jika ingin pergi belajar lagi, rasanya masa tidak mengizinkan. Saya suka fesyen ini kerana kelonggaran. Tetapi saya belum cuma untuk diri sendiri.

Pada 6 Februari bersamaan hari Jumaat yang penuh barakah, saya ternampak "post" yang saya idam-idamkan selama ini FB dari Yasalma Collection. Saya mengikuti FB cikgu Yasalma. Cikgu Yasalma terkenal mengajar menjahit tanpa menggunakan pola. Ebook "Blouse Batwing" di beri diskaun. Hanya RM10 !. Membeli sambil menderma. Saya dan suami juga pernah menonton cikgu Yasalma menjahit di TV Al Hijrah. Bukan saya sahaja suka, suami terus kata "senangnya dia jahit baju".


Pada mulanya ada sedikit pemulaan membeli ada sedikit kesulitan. Tetapi kerana betul-betul inginkan "ebook" ini, saya berusaha. Alhamdulillah, layanan dari Cikgu Nisa sangat baik. Walaupun petang itu katanya sudah emailkan. Tetapi waktu malam baru saya berkesempatan membuka email. Tetapi tiada, kemudian saya PM kembali Cikgu Nisa. Alhamdulillah, Cikgu Nisa beri lagi "link" dan "password" untuk "ebook" tersebut. Terima kasih Cikgu Nisa.

Bila terkenal menjahit tanpa melukis pola, maka "ebook" ini juga sama. Tetapi untuk pemulaan "ebook" ini mengajar membuat "blouse" pada kertas A4 dahulu. Bila sudah ada teknik yang betul, baru terus buat pada kain. Sebenarnya ada juga jubah yang saya buat tanpa pola. Tetapi berdasarkan pada panduan. Seperti biasa kertas A4 adalah pemulaan. 

Untuk percubaan pertama, saya mencuba "blouse" anak dahulu. Ukuran yang di bagi, saya kecilkan. Maka terhasil "blouse" anak dara tersayang.


Bila sudah melihat anak dara pakai elok, maka ibu juga teringinkannya. Tetapi kena tunggu masa yang sesuai untuk menjahit "blouse" ini. "Blouse" ini longgar dan selesa. Sekarang bukan "blouse batwing" sahaja, malah ramai sudah suka jubah "batwing" ini. Bila melihat "blouse batwing" in, teringat zaman Fauziah Ahmad Daud ( Kak Ogy)  dalam lakonan Ali Setan..hihi. Yang pasti fesyen lama kini sudah kembali. Sekian.

Salam Sayang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan