Rabu, 18 November 2015

Kitar semula pakaian.

Assalammualaikum..

   Hari ini anak bujang saya bising. Katanya seluar adik sudah tiada. Sebenarnya baru minggu lepas suami belikan anak-anak seluar panjang kerana beli sedikit pakaian untuk orang baru nanti. Mula-mula malas juga saya hendak layan. Ini kerana tiada aura hendak menjahit. Telekung yang tinggal jahit tindih pun saya tidak menjahit, walhal kalau hendak siap sehari sahaja boleh siap.

  Tapi kesian juga anak bujang ini. Ini kerana sekarang asyik berkepit sahaja. Maka, dalam keadaan bermalas-malasan saya mencari idea untuk membuat seluar yang cepat siap. Jadi saya selongkar baju-baju lama saya. Blouse muslimah yang saya miliki, kebiasaannya kain t-shirt yang berkualiti. Sebab itu saya sayang baju tersebut walaupun sudah tidak muat...hihi. 

   Pola seluar anak saya sememangnya saya simpan. Senang bila-bila hendak digunakan. Jadi, saya mulakan sessi menekap pola. Zass...10 minit siap. Boleh terus pakai. Ini kerana untuk bahagian kaki seluar tidak perlu di jahit. Hanya potong bentuk seluar dan letak getah pinggang. Untuk tangan baju, saya simpan dahulu. Saya kena buat pola seluar untuk bayi nanti. Maka, bayi juga dapat seluar kitar semula. 

   Jadi selepas ini, baju dan seluar yang terpakai jangan di buang. Di tambah pula kain yang sedap-sedap. Bila ada masa lapang, dah boleh buat pakaian anak-anak. Jimat belanja. Sekian.

Blouse muslimah saya. Saya ambil bahagian badan.
Ini hasilnya untuk anak bujang.

Selasa, 17 November 2015

Toturial Barut Bayi


Gambar:  Peribadi

Assalammualaikum.

   Alhamdulillah.. saya baru berkesempatan untuk membuat toturial barut bayi. Saya bukan menjual barut bayi. Saya hanya menjahit untuk anak-anak saya sahaja. Kiranya untuk kegunaan sendiri. Saya menggunakan kain cotton untuk bahagian luar dan kain popplin atau kain fannel untuk bahagian dalam. Kain popplin saya beli online. Tetapi kain fannel saya beli di Nagoya sahaja.

   Sebenarnya kain cotton biasa pun boleh juga untuk bahagian dalam dan luar barut bayi ini. Saya menggunakan kain cotton bercorak kerana ada perca-perca yang agak besar sedikit. Ukuran pula cukup untuk membuat barut bayi. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, saya menggunakan perca-perca yang sedia ada. Saya membuat saiz L, ini kerana anak-anak saya agak cepat gebu semasa dalam pantang lagi.

Potong 2 helai kain berukuran 22"(Panjang)  X 7"(Lebar).
Ukuran termasuk 1/2" basi jahitan.


Ambil kain cotton untuk bahagian luar dan lipat 2


Tandakan 1 1/2" lebar.


Tandakan 4" panjang.


Buatkan lekuk dengan menggunakan pembaris L.


Kemudian potong dan jadi begini.


Bila di bentang kain tadi, akan mendapat ukuran lekuk tadi ialah 8" X 1 1/2".
 Ambil kain yang selapis lagi dan pinkan. Kemudian potong bagi mendapatkan
ukuran yang sama.


Jadi begini dan pinkan.

Kemudian jahit secara terbalik. Tetapi bahagian yang atas
jangan di jahit. Ini kerana nanti ingin di terbalikkan.
"Snap" bahagian yang lengkuk tadi. Ini bertujuan untuk
memudahkan proses terbalikkan kain.


Selepas di terbalikkan, ukur ukuran barut yang di kehendaki.
Saya buat saiz L. Iaitu 21" X 6"


Setelah di tanda ukuran yang di kehendaki,
di bahagian atas di lipat masuk
ke dalam. Kemudian pinkan.


Setelah di pin, jahit tidih di sekeliling barut tadi.


Setelah di jahit tindih di sekeliling barut. Bahagian hadapan.


Bahagian belakang


Kemudian ukur lebar barut, dan di bahagi kepada 3 bahagian.
Ini kerana untuk menjahit tali barut.


Saya sememangnya membuat tali yang panjang sedikit.
Jika bayi semakin gebu, saya masih
boleh mengikat barut tersebut. Jadi ukuran tali saya 19"
untuk setiap tali. Potong 6 tali barut. Saya menggunakan tali
barut yang beli di kedai.


Pinkan tali barut yang telah di potong tadi di tempat
yang telah di tanda.


Kemudian jahit dalam anggaran 1" sahaja
untuk setiap tali.
Begini keadaan barut bayi yang telah siap.


Barut bayi yang di bentangkan.
Pemandangan untuk bahagian dalam.
Sekian toturial barut bayi dari saya.

Khamis, 5 November 2015

Cardigan untuk sessi berpantang

Assalammualaikum.

   Sudah agak lama saya tidak kemas kini blog kesayangan saya ini. Saya dalam proses menyiapkan tempahan-tempahan telekung dan sedikit untuk keperluan bayi. Dalam sibuk untuk menyediakan keperluan bayi, terhasil juga keperluan untuk ibu semasa di hospital dan proses  berpantang. Saya bukan seorang yang gemar ber"cardigan" sebenarnya, tetapi kadang-kadang masa memerlukan saya berkeadaan begitu. 

  Bila seorang rakan alam maya berkongsikan cara menjahit "cardigan" anaknya, maka saya tiba-tiba rasa untuk menjahit sehelai untuk saya semasa di hospital nanti mahupun semasa membawa bayi ke klinik. Maka terhasil jua "cardigan" dewasa khas untuk saya yang menyusukan bayi secara terus.

Cardigan pertama ku
   "Cardigan" ini saya sememangnya menjahit lebih besar untuk bahagian depan. Jadi untuk mendapatkan kelonggaran yang saya mahu, saya potong kain secara bias. Ia akan nampak kembang dan besar . Untuk tidak terlalu terdedah, saya meletakkan 4 butang ketip. Jarak antara butang juga jauh, maka jika saya melakukan penyusuan, bayi tidak lemas. 

Material dari jarak dekat
   Material ini pula saya menggunakan lycra yang bergaris. Ia seolah-olah kain t-shirt. Tetapi nipis sedikit. Saya membeli semasa Jakel membuat jualan pindah kedai. Alhamdulillah, akhirnya berguna jua kain ini. Masa itu harga RM10/meter sahaja. Saya beli dalam 2 1/2 meter. Niat sebenarnya hendak buat pakaian basahan untuk di rumah sahaja, tetapi sudah hampir setahun kain masih dalam gulungan..hihi.. Penyakit suka beli kain sebenarnya.

  Sampai di sini sahaja coretan saya untuk "cardigan" ye. Walaupun ada rakan-rakan seperjuangan dahulu hendak menempah, saya tidak ambil tempahan. Masa saya adalah teramat-amat terhad sekarang. Di tambah pula harga kain dan barang-barang jahitan yang sudah meningkat. Jadi sekadar untuk diri sendiri dam memberi idea kepada rakan-rakan. Sekian.

Khamis, 15 Oktober 2015

Agen Dropship Buku

TIP DROPSHIPPER

Pertama sekali kena berdikari dan gunakan peluang yang ada dengan mempromosikan produk di fb, fanpage, atau blog jika ada
Latih tubi promosi gaya kita sendiri. Jangan malu untuk memulakan sesuatu. Jika tiada yang mahu beli teruskan juga promosi. Konsisten lakukan promosi sehingga ada yang menyedari bahawa kita ada menjual produk tersebut.
Tambah ilmu, sekarang sangat banyak yang percuma mahupun yang berbayar. Tambah ilmu dengan baca dan belajar dari otai yang selalu post status tentang bisnes
Biasakan diri dengan melayan karenah pelanggan. Jawab pertanyaan dengan santai dan jujur. Bagitahu terma dan syarat pembelian awal-awal supaya pelanggan jelas sebelum membeli.
Follow up selepas penghantaran produk, tanya feedback, buku sudah smpai atau belum, follow up status penghantaran buku di laman pos laju
Iringi setiap perbualan dengan ucapan terima kasih, mohon maaf dari pihak kita jika ada sebarang masalah, dan sentiasa letakkan smile icon di setiap perbualan
Jom belajar lebih banyak tip dan belajar menjana pendapatan melalui dropship buku
Saya mencari agen dropship yang serius mahu bermula, dan mahu dibimbing.


berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Menjana pendapatan dari rumah

Assalammualaikum..

Awning renda penuh

  Alhamdulillah, akhirnya dapat jua saya meluangkan sedikit masa untuk blog kesayangan saya. Dalam 2 hingga 3 minggu ini, masa saya amat-amat terhad. Kerana saya mendapat upah menjahit dari guru menjahit saya untuk menjahit tudung dan telekung. Alhamdulillah, rezeki anak-anak.

  Di samping itu saya masih dalam proses menyiapkan tempahan-tempahan telekung termasuk telekung umrah. Telekung umrah sememangnya saya jarang mendapat tempahan, walaupun sebenarnya telekung umrah yang saya dapat belajar dari guru telekung saya. Saya bersyukur kerana yang menempah boleh menunggu giliran. Al-maklum, saya sudah pun 7bulan lebih mengandung. Jadi untuk menghasilkan produk, sudah tidak serancak lagi.

Kain cotton telekung sulam
   Untuk tempahan telekung secara "online" saya sudah pun tutup. Risau jika tidak mapu siapkan. Kini saya tertumpu pada tempahan dari pelanggan "offline" dan tempahan dari guru jahitan saya. Untuk jahitan telekung kali ini lebih tertumpu pada cotton bersulam. Untuk jahitan tudung pula, guru jahitan saya bagi untuk jahitan pukal. Saya hanya mengambil upah jahitan sahaja.

  Tetapi untuk produk-produk ABDR, saya masih mengambil  pembelian dan segala pertanyaan  secara "online". Di tambah pula sekarang ada promosi ebook.


sekian.

berminat dengan produk ABDR boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780
  

Kelas Asas Akaun Oktober

Kelas Asas Akaun

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE - 3 tempat lagi.
Tarikh: 18/10/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
2. Grup Coaching - 4 tempat lagi
Tarikh: 24/10/15 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Rabu, 9 September 2015

Kelas Melalui Whatapps



Alhamdulillah sudah berlangsung pun kelas blog ABDR secara whatspp.
Kelas ini khas untuk mereka yang tiada akaun facebook.
Mereka jejak ABDR, melalui blog.
.
.
.
# Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook
## Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan
## Nota toturial bergambar lengkap disediakan
## Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online n wahm
## Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan
## Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Selasa, 8 September 2015

Tiada yang lebih penting dari sokongan suami dan keluarga



Membuat kek ialah minat saya sejak sekolah rendah. Ia mungkin kerana saya sering menemani ibu ketika ibu membuat kerja-kerja membuat bakeri.  Selepas mendapat keputusan PMR, ibu haidahkan saya sebuah oven. Agak pelik untuk hadiah kecemerlangan peperiksaan kan? 

Saya mula mengambil tempahan secara kecil-kecilan dari ibu saudara, kakak dan jiran. Selepas menamatkan pengajian dan mendapat ijazah, saya berkahwin dan suami meminta saya berhenti kerja untuk mengikutnya ke Jepun. Setiap kali ada perjumpaan dengan kawan-kawan saya akan membawa kek. Kawan-kawan juga sudah mula meminta saya membuat kek untuk mereka. 

Apablia kami pulang ke Malaysia, saya masih meminati dengan bakeri.  Suatu hari suami saya bergurau  "apa kata kalau awak jual kek yang awak buat, biar saya jadi pembeli pertama". Sejak itu, saya terus mewar-warkan kepada kawan-kawan saya. Agak malu pada mulanya, tetapi saya berpegang kepada kata-kata ayah saya, kalau malu sampai bila? 

 
Saya pernah berjanji, tidak akan keluar bekerja. Syarat suami saya ialah kalau hendak bekerja, biarlah dari rumah dan berada bersama dengan anak-anak.  Cabaran terbesar pastilah anak-anak saya. Bukan mengatakan mereka satu beban tetapi cuma kekangan masa. Waktu untuk memasak, bekerja dan perhatian untuk keluarga.  Syukur sangat-sangat kerana ibubapa dan adik beradik saya sangat menyokong.  Tetapi, mertua agak skeptikal dan memandang rendah kepada apa yang saya lakukan ini. Pada mereka, bekerja sendiri tiada arah tujuannya.
Pengalaman manis ialah apabila seorang pelakon meminta saya membuat kek harijadi untuk anaknya. Beliau pernah merasa kek buatan saya yang ditempah oleh seorang kawan saya yang bekerja di sebuah production house. Dan beliau telah mempromosikan kek saya kepada kawan-kawan beliau pula. Alhamdulillah.

Pengalaman pahit yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika seorang rakan rapat yang juga berniaga, tiba-tiba mendakwa  bahawa saya meniru ideanya. Maka kawan-kawan yang lain juga menjauhkan diri dan tidak menempah dari saya, sehinggala seorang rakan lain berani bertanya kepada saya. Ia hanyalah cabaran biasa bagi peniaga kecil sebenarnya, tetapi ia mengajar saya untuk tidak meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada orang lain.
Saya bercita-cita suatu hari nanti saya akan memiliki sebuah kafe. Target saya berkala sebenarnya. Dahulu saya sekadar meletakkan target 3 biji kek seminggu. Kini alhamdulillah seminggu sekurang-kurangnya 10 tempahan. Jarang kita jumpa kafe milik melayu Islam yang menjual cheesecake dan juga brownies.  Jika hendak kek sebegini, sentiasa ke Secret Recipes. Jadi saya mahu menjadi pencabar mereka. 

Kini saya mempunyai Facebook Page (Luscious Brownies & Cakes) dan pada waktu yang sama, saya juga mempromosikan kek melalui kawan-kawan, guru-guru sekolah anak-anak saya, rakan-rakan pejabat suami dan adik beradik saya. Pemasaran dari mulut ke mulut adalah sangat membantu. 

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Ebook 1001 Idea Bisnes Makanan


Ringkasan Bab
Bab 1: Pengenalan Bisnes Makanan
Bab 2: Kemahiran Bisnes
Bab 3: Bahan Mentah/ Sumber Bekalan
Bab 4: Cabang Bisnes Makanan
Bab 5: Jenis Bisnes Makanan
Bab 6: Modal
Bab 7: Pelanggan Sasaran
Bab 8: Pendaftaran Bisnes
Bab 9: Pengurusan/ Operasi


berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

PAKEJ PROMOSI EBOOK UNTUK YANG MAHU MULA BISNES MAKANAN

Minat saya untuk membuka cafe ini timbul sejak saya mula berkahwin. Saya suka pergi makan di tempat-tempat yang bersih dan cantik. Tujuan saya berhenti kerja dari bank dahulu adalah untuk menjaga anak-anak yang sedang membesar. Jadi apabila anak-anak sudah besar, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya teruskan impian yang sudah lama saya tangguhkan.
Antara tujuan utama saya ingin membuka cafe adalah utk menambah nilai hidup kepada orang lain dengan memberi pekerjaan yg baik kepada golongan belia sebangsa saya. Saya berhasrat untuk membuka cafe yang menyediakan makanan yang bersih dan halal berkonsep santai serta dilengkapi talian internet seperti Cafe Francise.
Banyak cabaran yang saya hadapi pada peringkat permulaan. Kata-kata orang sekeliling banyak melemahkan semangat saya. Saya tidak mendapat sokongan keluarga dan ia hampir-hampir membuatkan saya putus asa dan melupakan impian saya. Namun, saya kuatkan semangat tetap nekad untuk meneruskan niat saya untuk membuka cafe.
Alhamdulillah, setelah 60% usaha saya ke arah impian saya, barulah saya lihat keluarga merestui keputusan saya. Restu dari keluarga amat berharga bagi saya.
Matlamat saya nak menjadikan Old Station sebagai kopitiam/cafe tempatan yg setanding dengan jenama francise.

Sebagai persedian dalam bidang perniagaan, saya banyak menghadiri seminar-seminar yang dikendalikan oleh pakar-pakar pemasaran. Antaranya seminar Dr Azizan seperti Master Your Bisness, Train The Trainer, Rahsia Kuasa Minda, Advance marketing Power, Fesbuk Power, Potensi Diri, Jutawan Industri dan lain-lain lagi. Saya juga mengikuti kursus anjuran MARA dan konvensyen TERAJU. Banyak yang saya belajar dari tip dan panduan dari seminar-seminar sebegini serta tidak lupa juga dari orang-orang sekeliling saya.
Nasihat saya kepada wanita-wanita di luar sana, jika ingin menjalankan bisnes teruskan sahaja. Usah takut dan teragak-agak, buat sahaja dan usaha untuk tambah baik selepas itu.
Baca lagi kisah usahawan ini dalam ebook 101 idea bisnes makanan

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Isnin, 7 September 2015

Kelas Menjahit Malam

Assalammualaikum.

   Alhamdulillah, bila anak sulung sudah pun sembuh. Bila waktu siang dia terlebih tidur kesan sampingan ubat batuk. Waktu malam ada sahaja aktiviti yang di minta. Di tambah pula saya sibuk menjahit sambil-sambil menjaga anak lelaki yang masih kurang sihat. Seperti biasa, dia meminta meminjam mesin jahit portable saya. Sebenarnya lebih kurang dalam 3 bulan saya tidak memberi dia guna mesin jahit kesayangan saya ini. Ini kerana dia asyik bermain dengan adik dia.

   Jadi, kali ini dia ingin meminjam. Saya izinkan. Akan tetapi saya hendak melihat dahulu samada dia masih ingat fungsi-fungsi asas pada mesin jahit ini. Iaitu turun jarum, naik jarum, butang on/off, cara pusingkan kain serta cara mengangkat tapak mesin. Mesin portable saya ini jenis mesin automatik. Saya gunakan tahap kelajuan paling pelahan. Dia hanya perlu pegang kain sahaja. Bukan apa buat dia rasa seronok di samping mendapat ilmu kemahiran.

   
Kelas Malam sedang berlangsung
   Sebenarnya dia sudah pun merisik-risik mesin kesayangan saya ini. Katanya, "kalau ibu sudah tidak guna...bagi pada kakak tau". Saya hanya mampu tersenyum, kerana mesin ini untuk semua anak-anak saya yang ingin menggunakannya. Walaupun sudah ada beberapa orang yang merisik-risik ingin membeli mesin ini. In sha Allah, saya tidak mungkin menjual. Ini kerana saya susah mendapatkan sebuah mesin walaupun hanya portable. Hasil mesin ini juga saya mendapat mesin-mesin yang lain. Malah jika anak-anak saya ingin belajar menjahit, mereka perlu kenal mesin jahit ini dahulu baru kenal mesin-mesin yang besar.

Sekian.
      

Matlamat Kelas ABDR

Dalam setiap kelas ABDR ada matlamatnya berasingan. Kita tidak memberi jaminan jualan meningkat atau meletup-letup. Tetapi kita tunjukkan contoh yang membantu pembaca/pelanggan membuat jejak kedai atau blog melalui google.

Label dan kata kunci ini san
gat penting bagi membantu usahawan/pemilik kedai/pemilik blog tahu siapa pembaca dan siapa pelanggan.

Saya berikan contoh blog yang sudah mendapat respon yang baik dari pelanggan.

Contoh: Ulasan Pelajar saya, Puan Hamidah Burham 



Contoh : Ulasan Pelajar, Puan Nasriah Abdulllah 


Contoh : Ulasan Pelajar, Puan Nor Amalina 


Contoh : Ulasan Pelajar kelas blog bisnes, Puan Nor Mahsuri Nordin 


Lebih banyak lagi ulasan pelajar boleh kalian baca dalam blog rasmi ABDR 


Untuk yang mahu daftar mana-mana kelas online blog bisnes / kelas online blog penulisan ABDR,

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780