Khamis, 28 Ogos 2014

Baju Muslimah

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum..

  Di sebabkan minggu ini saya jahit baju kain lycra. Maka saya tunjuk contoh-contoh baju-baju muslimah @ jubah.
Jubah A-cut

Blouse Raglan Ibu

Blouse raglan & A-cut skirt.
  Bila anak saya memakai blouse ini..nampak longgar bukan. Untuk jubah, saya membuat kembang sehabis bidang kain. Malah untuk pergelangan tangan..saya membuat `cuff ready solat`. Tujuan untuk memudahkan kita mengambil wuduk.

     Mungkin lain orang..lain caranya.. Jadi tidak perlu kita bandingkan cara masing-masing. Bidang jahitan adalah cabang seni & kreativiti. Maka ikut pada seni & kreativiti masing-masing.  Tidak perlu mengatakan yang sana salah..yang sini betul.  Jika tiada persamaan, kita kongsikan perbezaan. In shaa Allah, bertambah ilmu kita. Yang penting baju-baju muslimah @ jubah kita boleh dipakai serta selesa pada kita serta mata orang lain.

  Ini saya kongsikan cara saya. Saya mengambil ukuran `ngam-ngam`. Kemudian saya tambahkan 3" @ 4" untuk kelonggaran. Pelik bukan??.. Tiada yang pelik sebenarnya.. Kalau angka itu dibahagi 2..maka kelonggaran untuk kiri dan kanan baju adalah 1.5" @ 2" sahaja. 

  Bagi saya, ini adalah baju muslimah @ jubah. Maka kelonggaran lebih tidak apa. Tetapi ada juga yang suka 1" kelonggaran.. Anda jangan risau..untuk kelonggaran buat saja suka-suka hati mengikut keselesaan anda. Cuma pastikan ukuran yang anda ambil itu ukuran tepat mengikut keselesaan anda. Kelonggaran tambah kemudian.

   Selepas anda mendapat ukuran. Anda tambahkan kelonggaran yang anda kehendaki. Jika anda selesa, maka gunakanlah kelonggaran itu sebagai rujukkan. Senang bukan???. Tidak perlu  pening-pening.

  Ini adalah cara  yang saya selesa serta mudah. Maka anda pun boleh membuat pilihan cara yang anda senang dan mudah. Pilihan di tangan anda. Semoga ini dapat membantu anda.. Jika ada apa-apa kekurangan..saya memohon maaf.. Sesungguhnya kekurangan itu datang dari saya.

Salam Sayang

Rabu, 27 Ogos 2014

Tip Menjahit kain Lycra

 Teks: Norliza Tomiran

 Assalammualaikum..


 Di sini saya cuba kongsikan tip serba-sedikit yang saya tahu  tentang jahit menggunakan kain lycra..kain yang agak memeri. Tetapi sedap di pakai. Kalau kena pada tukang jahitnya..serta gayanya. In shaa Allah..menutup aurat serta tidak menampakkan bentuk badan. Malah yang pasti tidak perlu `iron`. Mesti ramai yang suka bab tidak perlu `iron` termasuk saya. Bila sudah ada anak, bab `iron` menjadi remeh pada saya. Jadi saya kongsikan tip ini pada anda.

  Kain lycra ni sebenarnya ada banyak jenis. Ini melibatkan kualiti serta nipis @ tebal kain lycra. Saya lebih suka lycra denim. Ini kerana tekstur kain lebih tebal. Ini contoh kain lycra denim simpanan saya. Ada juga kain lycra biasa (kosong @ bercorak) tetapi tebal. Bagi saya adalah lebih afdal merasa sendiri tekstur kain lycra. Baru puas hati.
Lycra Denim

Lycra Denim
  Untuk menjahit kain lycra saya menggunakan tapak plastik (teflon). Sebab mesin saya jika menggunakan tapak biasa jahitan akan melompat-lompat.
Tapak Teflon
  Tetapi saya sememangnya hanya menggunakan jarum Brand Schmetz sahaja. Tidak kira kain apa-ape pun termasuk lain lace langsir @ kain cotton. Ini atas nasihat `technician` mesin jahit saya. Untuk lycra saya mengguna kain jarum No 13. Untuk mesin Brand Brother saya guna kod DB.
Jarum Schmetz
   Manakala untuk setting jarak jahitan saya masih kekal 2.5 @ 3 sahaja. Benang pun saya hanya menggunakan benang2 biasa yg ada di pasaran. Untuk memotong kain lycra adalah `DI LARANG` menarik kain semasa pin @ mengunting kain.

 Saya kongsikan tip apa yang saya tahu serta pengalaman yang saya lalui. Kadang-kadang lain mesin, lain ragamnya. Saya menggunakan mesin highspeed Brother. Jadi anda juga boleh kongsikan tip-tip anda di ruangan komen. Semoga cikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan kita.

Salam Sayang

Isnin, 25 Ogos 2014

Baju- Baju Raya

Walaupun raya 2014 sudah sampai di penghujung, tetapi saya suka kongsikan antara baju-baju raya yang telah saya jahit. Untuk baju-baju raya ini saya sanggup pergi belajar `Kelas Pola Jubah`. Dengan niat semata-mata dapat menjahit baju-baju raya family serta anak-anak saudara. Ok, sekarang anda tengok hasil-hasil jahitan yang tidak seberapa saya untuk raya tahun ini.. Kecuali baju raya suami, tempah tukang jahit lain.
Jubah A-cut dan baju melayu teluk belanga

Jubah Princess Cut

Jubah Princess Cut dan Empire Cut

 Malah tudung-tudung pun saya jahit sendiri. Tetapi saya tidak pergi kelas. Cuma mengikut kawan-kawan yang memberi toturial. Tudung-tudung untuk pakai sendiri sahaja. Antara koleksi-koleksi tudung saya..termasuk tudung yang saya pakai diatas..
Tudung 3 layer

Tudung 3 layer

Shawl rama-rama 2 layer berawning

  Ini sahaja yang dapat kongsikan tentang baju-baju raya ..

 
salam sayang

Kelas Jahitan Telekung

  Tahun 2012.Di saat kandungan anak ke 2 hampir mencecah 8 bulan, keinginan untuk belajar mennjahit telekung berkobar-kobar. Ku suara kan hasrat hati pada suami. Suami berkata, tunggu sehingga dia betul-betul `free`. Ini kerana bila ada kelas, bermakna suami akan menjaga anak

  Pada satu hari, sabtu malam suami telah mengatakan ahad esok dia cuti. Maka, malam itu juga saya telah menelefon cikgu itu..iaitu Kak Zai. Alhamdulillah, Kak Zai telah bersetuju walaupun sebenarnya setiap kelas hendaklah memberitahu lebih awal. Tetapi aku berterus-terang tentang keadaan cuti suami saya.

  Saya yang duduk di Rawang, pergi ke kelas telekung di Gombak dengan membawa mesin jahit sendiri. Sampai di Masjid Al-Khariyyah, alangkah terkejutnya Kak Zai yang bakal pelajarnya tengah sarat..hihi. Kelas berlangsung di masjid. Saya adalah pelajar tunggal kerana seorang pelajar lagi tidak dapat hadir. Alhamdulillah, saya mendapat guru yang penyabar dalam mengajar saya.

 Sesiapa yang ingin belajar dengan Kak Zai ini facebook dia https://www.facebook.com/Kelasjahitantelekung?fref=ts. Sekarang Kak Zai juga telah menjual nota cara menjahit telekung. Berbeza pada masa saya belajar, nota buat sendiri malah kena menghadiri kelas kerana nota tidak dijual.

  Ini lah telekung yang pertama saya jahit selepas belajar. Masa ini, saya tunggu masa hendak bersalin sahaja.

 

  Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun kini saya mula mengambil upah menjahit telekung. Pelik??. Mengapa tunggu hampir 2 tahun??. Jawapannya, saya memberi tumpuan kepada baby yang baru lahir. Di tambah pula anak-anak saya selang setahun. Maka perhatian lebih diberikan pada mereka. Saya bahagia pilihan itu.

  Diantara punca saya ingin belajar telekung adalah minat serta saiz telekung kadang tidak sama dengan keinginan saiz yang saya inginkan. Terutama bila saya berbadan dua. Malah jika `family` saya ingin membuat `Projek Amal`, maka tidak perlu bersusah-susah untuk menempah. Ini kerana saya boleh jahit kan. Ini dapat menjimatkan kos serta menambah bilangan telekung.

 Hasil-hasil terkini telekung..ada di bawah. Malah anda boleh melihat di facebook https://www.facebook.com/NorlizaHandmade







   Semoga dengan pengalaman saya pergi ke kelas telekung, menjadi dorongan kepada anda bahawa tiada alasan ingin belajar. Tidak kira belajar dalam apa-apa pun. Yang pasti ikhlaskan niat.In shaa Allah, Allah permudahkan keinginan baik kita.

 

salam sayang  

Sabtu, 16 Ogos 2014

Pengenalan diri

Bismillahhirrahmanirrahim..

Salam Ukhwah..Salam Sayang
  
 Alhamdulillah..tanggal 05 October 1982 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur (PPUM) lahirlah seorang puteri sulung merangkap puteri tunggal kepada pasangan Tomiran Bin Dahlan dan Kamariah Binti Harun. Kasih sayang yang di berikan tidak pernah berbelah-bagi antara anak-anak lelakinya. Apabila di besarkan di kawasan perkampungan setinggan pinggir bandar yang penuh cabaran, maka anak-anak harus diberi lebih perhatian. Agar tiada tersilap langkah suatu hari nanti. Alhamdulillah..impian mereka tercapai..anak-anak tiada tersilap langkah walaupun ada yang tidak sampai ke menara gading. Terima kasih abah dan mak atas segala-galanya..tidak terbalas oleh ku..hanya doa pada Allah mampu ku lakukan.

 Setelah tamat SPM, saya mengambil keputusan untuk mencari kerja tetap, walaupun keputusan SPM saya agak baik. Saya mula berkerja tetap di JVC, Shah Alam hanya sebagai operator pengeluaran. Namun tidak lama kerana agak jauh dari rumah saya. Kemudian saya memohon di Western Digital, Sg.Way. Saya bekerja di bahagian Quality Control Department.  Semasa bekerja saya juga mengikuti kelas malam atau masa cuti. Ini kerana saya bekerja shift dan tidak tentu hari cutinya. Saya mengambil Sijil Perkeranian serta English Language. Malah jika kilang ada tawaran kursus2 jangka pendek, saya juga mengikuti. 
Alhamdulillah..mungkin rezeki dan kerja di bahagian Quality Control Department, memudahkan pemohon saya diterima oleh pihak kilang. Selama 10tahun bekerja, saya mengambil keputusan berhenti kerja disaat saya telah pun di naikkan pangkat Leader Team. Antara sebab saya berhenti adalah upah pengasuh baby untuk orang yang berkerja shift seperti saya adalah agak mahal dan rumah saya selepas berkahwin agak jauh iaitu Bukit Beruntung, Rawang.

 Walaupun tugas saya sebagai Team Leader agak mencabar, tetapi minat saya dalam bisnes sudah agak sebati dalam diri. Ini kerana dari kecil saya dan adik-adik didik untuk membantu abah berniaga. Di kilang, saya berjinak-jinak dengan bisnes kecil-kecilan. Di antaranya, saya menjual kain pasang, kain batik, kain pelikat, telekung serta kamera. Alhamdulillah..rezeki berniaga yang di perolehi saya dapat kongsikan dengan ahli keluarga saya. Pada saya, asal ada usaha..In Shaa Allah rezeki berpihak pada kita. Walau tidak banyak, sedikit pun tetap rezeki.
  
Di masa terluang, saya minat membaca dan menjahit. Malah pada zaman persekolahan saya, saya sering ke perpustakaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) untuk meminjam buku. Saya suka ke sana kerana di sana ada buku tentang jahitan crosstich yang dari luar negara. Tetapi, bahan bacaan berubah mengikut peredaran usia. Kalau zaman remaja, novel tetap diselitkan. Kini hanya buku-buku ilmiah, motivasi serta buku-buku tentang apa jua jahitan. Saya menjahit lebih pada crosstich. Ini kerana guru saya adalah mak saya. Mak saya mengambil upah menjahit crosstich, crochet, sulaman tangan pada saprah dan sarung kusyen.  

 Perkenalan yang hanya sebulan di alam maya telah menemukan jodoh saya dengan suami tersayang Muhammad Ghazali bin Nor pada 15 May 2010. Jodoh kami cinta selepas berkahwin. Alhamdulillah..rumahtangga kami di serikan dengan sepasang cahayamata. Anak yang sulung kini berusia 3tahun 8bulan dan adiknya berusia 1tahun 7bulan.

Setelah sekian lama berkerja..saya tidak betah untuk duduk saja. Saya mula mencari kelas-kelas jahitan seiring dengan minat saya. Bila hasrat dinyatakan pada en.suami, Alhamdulillah mendapat sokongan.Niat hanya satu pada waktu itu, menjahit hanya untuk keluarga. Dengan wang simpanan semasa bekerja saya mula menghadiri kelas-kelas jahitan. Diantaranya kelas baju kurung, kelas aneka langsir, kelas set cadar, kelas  telekung serta kelas jubah. Bersyukur mendapat suami yg memahami, en.suami  pula sudi hulurkan tangan meringankan beban. Menjaga anak-anak apabila saya ada kelas. Terima kasih suami ku.. atas pengorbanan mu..

 Selepas menghadiri kelas baju kurung en.suami telah menghadiahkan sebuah mesin jahit portable. Inilah mesin pertama saya.


Bila rezeki Allah yg tentukan, Alhamdulillah saya mula menerima  tempahan dari kaum keluarga serta kawan-kawan terdekat sahaja. Kini saya telah pun menambah 2 lagi mesin jahit iaitu mesin jahit industri pula.



  Alhamdulillah..dengan bertambahnya mesin-mesin ini, kini saya juga menjual telekung online. Di fan page saya iaitu https://www.facebook.com/NorlizaHandmade. Malah jiran-jiran kini mula menempah set-set cadar. Rezeki Allah itu luas asal berusaha.

 Dengan menyertai ABDR, saya ingin mencari ilmu dan mengetahui dengan lebih luas tentang bisnes online dengan blog dengan betul. Pada saya mana mungkin kita mendapat ilmu tanpa berguru. Dengan adanya bimbingan serta tunjuka ajar dari guru-guru yg berpengalaman, In sha Allah ia dapat menyuntik semangat serta memberi motivasi pada saya.

  Kini saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Seiring dengan minat, tumpuan pada keluarga serta dapat menambah pendapatan keluarga. Semuanya hanya memerlukan saya berada di rumah. Malah saya juga bercita-cita untuk menyambung pelajaran seiring dengan minat saya.In shaa Allah..semoga perjalanan saya di permudahkan.

Salam Sayang

Biodata Penulis

Biodata ku

Nama : Norliza binti Tomiran
Tarikh Lahir : 05 October 1982
Tempat Lahir : Hospital Universiti, Kuala Lumpur (PPUM)
Status : Berkahwin 
Anak : 2 orang (sepasang)

Pendidikan :
  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Dato` Harun (2), Petaling Jaya, Selangor
  2. Sekolah Rendah Agama Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato` Harun, Petaling Jaya, Selangor
 Pengalaman Kerja :
  • Parkson Grand (tunggu SPM)
  • APL-NOL (ganti staff)
  • JVC
  • Western Digital
Pengalaman Bisnes:
  • Bisnes makanan (bantu abah)
  • Menjual kain-kain pasang, kain batik dan kain pelikat
  • Menjual telekung Indonesia
  • Bisnes kamera
ada bisnes yang saya tidak ingat