Jumaat, 17 Mac 2017

Akaun Semasa CIMB

Assalammualaikum..

    Sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan cerita saya di blog kesayangan saya ini. Banyak perkara ingin saya kongsikan. Tetapi apakan daya buat masa ini, terlalu terhad untuk saya coretkan. Tetapi kali ini saya tetap cuba untuk coretkan pengalaman saya dalam membuka akaun semasa di bank.

   Ye..saya sememangnya hanya tukang jahit biasa-biasa sahaja. Masih belum banyak pengalaman dan masih dalam mengali ilmu bidang yang saya cintai ini. Tetapi bukan bermaksud saya tiada wawasan dan impian. Walaupun impian hanya sekecil zarah. Malah saya percaya, ramai orang di luar akan cuba melangkah kedepan bersama apa yang mereka suka buat. Jadi di medium sosial media ini saya belajar sikit demi sedikit untuk maju ke depan. Walaupun bukan hanya ibarat memanjat tangga.

Maka, pada bulan-bulan terakhir 2016 saya ada cuba membuka akaun semasa untuk bidang saya ini. Bukan hanya 1 bank, tetapi 2 bank saya pergi memohon. Namun mungkin pada masa itu, Allah menentukan bukan masa yang tepat untuk saya. Ada 2-3 cabaran yang datang. Salah 1 nya, saya tidak mempunyai orang Interduce. Walaupun saya mengenali beberapa orang yang mempunyai akaun semasa, tetapi saya tidak mahir dalam menyusun ayat dalam meminta pertolongan itu.

   Jadi, awal bulan ini telah terdetik sekali lagi untuk membuka akaun semasa. Alhamdulillah, perancangan Allah adalah yang terbaik. Kali ini Allah memberi laluan terlalu mudah untuk saya. Allah aturkan saya mudah untuk bercakap dengan jiran saya untuk menjadi orang "interduce" untuk saya. Kali ini saya memohon akaun semasa di CIMB. 

  Kenapa saya memohon di CIMB dan apa yang di perlukan???

  • Orang yang "Interduce" mempunyai akaun semasa CIMB
  • CIMB hanya memerlukan 1 orang "Interduce"
  • Nilai untuk buka akaun semasa hanya RM1000 sahaja.
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan "Original" pendaftaran SSM
  • SSM yang terbaru
   Alhamdulillah 16 March 2017 , Norliza Handmade Enterpise sudah pun memiliki akaun perniagaannya sendiri. Cuma buat masa ini saya lebih selesa menggunakan CIMB Clicks. Maka saya menolak "offer" buku cek. Biar sampai 1 tahap betul-betul saya memerlukan, baru saya memohon. Semoga ini akan menjadikan saya lebih serius dalam bidang ini. 

Terima kasih

Jumaat, 26 Ogos 2016

Pre Order SEPTEMBER






Buku Fomula Tarik Rezeki

Assalammualaikum.


   Alhamdulillah, saya telah didik dengan  hobi membaca. Tidak kira apa jua bahan bacaan. Mungkin emak dan abah saya juga suka membaca. Tetapi bahan bacaan berubah mengikut situasi dan peringkat umur. Kini tiada lagi novel-novel hayalan, yang ada hanya buku kisah realiti, ilmiah dan buku jahitan.

  Sebelum mendapat buku 111 Fomula Tarik Rezeki (FTR) ini, saya suka membaca "post-post" Puan Nora Yusof di FB. "Post" itu juga kadang-kadang memang kena batang hidung sendiri. Tetapi pada masa itu tiada buku fizikal, yang ada hanya "ebook". "Ebook" ini sememangnya tiada pernah terfikir  hendak membeli. Hinggalah, 1 hari tu, Allah telah memberi saya laluan apa yang hendak saya tahu isi Ebook FTR. Yang saya dapat Fomula 0: SIFAR HUTANG. Masa itu memang tersentap juga. 

   Bila saya bertanya pada Puan Nora, mengenai harga "ebook" ini, secara jujurnya saya berfikir berkali-kali. Sebagai surirumah yang bergantung hanya pendapatan menjahit, setiap wang yang di keluarkan mesti ada kira-kirakan. Tetapi saya tetap memohon, semoga Allah permudahkan urusan saya untuk memiliki ebook ini, jika ebook ini bermanfaat. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada saya.

  Ebook FTR yang saya miliki adalah antara ebook dan buku-buku fizikal  paling mahal yang pernah saya beli serta miliki. Ini ada yang sukar saya sendiri percayai. Tetapi kini saya akui, isi ebook ini adalah lebih mahal dari nilai wang yang saya keluarkan. Malah bila membaca ebook ini saya mesti ada catatan saya sendiri. Walaupun isi yang sama. Saya memang amal begini sejak sekolah. Bila membaca, kita menulis secara "automatik"nya kita menyebut. Jadi otak akan mudah menyimpan, pada saya..ye.

  Alhamdulillah, kini telah terbit buku fizikal. Bersyukur sangat-sangat, kerana saya telah di beri kesempatan untuk memiliki kedua-duanya. Jika ingin lebih tahu mengenai Buku 111 Fomula Tarik Rezeki ini, klik link ini Bonus Rezeki
  

Khamis, 11 Ogos 2016

Toturial Pencil Color Roll

 Assalammualaikum..

 Saya kongsi gambar dulu ye. Nanti bila "free" saya edit balik.





















Koleksi baju raya

Assalammualaikum..

   Hari Raya Aidilfitri sudah lama habis. Malah Hari Raya Aidil Adha bakal meyusul. Tapi saya baru hendak tayang. Ini  antara baju yang sempat "snap" gambar. Yang lain tidak sempat.







Rabu, 10 Ogos 2016

Sejadah Quilt set keluarga

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Kini sudah ada set sejadah keluarga. Sejadah Afwa dan Sejadah Asfa. Set sejadah ini adalah pre-order. Malah sejadah kanak-kanak boleh pilih design.



 Antara koleksi sejadah Afwa dan Asfa.

SEJADAH DEWASA (AFWA)




SEJADAH ASFA (KANAK-KANAK)









berminat boleh hubungi saya:

Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Kebaya dan kemeja

Assalammualaikum

   Hari ahad minggu lepas ada pula jemputan kenduri kawin anak kepada bekas "team leader" saya masa kerja dulu. Lepas suami "confirm" setuju hendak pergi, baru rasa hendak buat baju baru untuk anak-anak. Tapi semua itu hanya perancangan saya. Tetapi Allah tidak izinkan. Hanya Allah sahaja yang tahu sebabnya.

  Pada minggu hendak buat baju. Mula-mula Hamizah dan Imran yang demam. Manakala Auni dan suami mula demam hari khamis. Anak-anak saya jenis demam malam. Jadi sememangnya saya menjahit sekejap-sekejap. Niat di hati tidak dapat jahit untuk semua, untuk seorang dua, jadi la. Malah Imran pula sememangnya tiada kemeja lagi. Kemeja lama sudah di buat pakai hari-hari.

  Kesian juga Imran tiada kemeja hendak pakai kenduri. Hendak jahit kemeja, buat masa ini memang terkial-kial ikut "step by step". Al-maklum ler, baru belajar sikit. Cuma kata pada Imran, kalau Allah izinkan, siap la baju kemeja ni.

  Untuk Hamizah, sebenarnya saya teringin sangat hendak jahit kebaya anak. Kalau untuk diri sendiri, seminggu fikir pun belum boleh buat keputusan..hihi. Jadi untuk merialisasikan impian itu, saya menjahit berpandukan toturial-toturial yang ada di internet. Alhamdulillah, untuk memudahkan saya dan anak saya, saya hanya menggunakan zip sorok sahaja. Jadi, tidak perlu tunggu ibu nak pakai baju.

  Maka, gambar di  bawah inilah hasilnya untuk anak-anak saya. Ini saja yang sempat saya buat sambil melayan anak-anak demam.

Kemeja dan kebaya peplum sedondon
Kemeja pertama ibu untuk anak yang tengah banyak akal sekarang.

Sekian.